RM1.9 juta bangunkan lima pantai di Kuantan

Peserta bergambar di hadapan papan tanda Pantai Balok sebelum memulakan acara mengutip sampah sempena program Sayangi Pantai Kita di Pusat Rekreasi Balok di sini hari ini.
Peserta bergambar di hadapan papan tanda Pantai Balok sebelum memulakan acara mengutip sampah sempena program Sayangi Pantai Kita di Pusat Rekreasi Balok di sini hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Sejumlah RM1.9 juta diperuntukkan bagi projek pembangunan lima pantai di daerah ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Hamdan Hussin berkata, peruntukan tersebut bertujuan meningkatkan infrastruktur dan kemudahan awam termasuk tandas di pantai-pantai tersebut.

Menurutnya, daripada jumlah itu sebanyak RM500,000 diperuntukkan kepada Pantai Chendor, Cherating (RM500,000), Batu Hitam (RM200,000), Kempadang (RM200,000) dan Sepat (RM500,000).

"Semua projek-projek pembangunan itu akan dilaksanakan bermula tahun hadapan. Bagi tujuan menjaga kawasan tumpuan pelancongan ini, MPK melantik operator-operator yang akan memajukan kawasan tersebut.

"Operator pula perlu memastikan apa yang telah kita belanjakan untuk membangunkan kawasan tersebut mendatangkan hasil dan berbaloi serta berjaya menarik kedatangan pengunjung," katanya pada sidang media Program Sayangi Pantai Kita di Pusat Rekreasi Balok di sini hari ini.

Peserta bergambar di hadapan papan tanda Pantai Balok sebelum memulakan acara mengutip sampah sempena program Sayangi Pantai Kita di Pusat Rekreasi Balok di sini hari ini.
Peserta bergambar di hadapan papan tanda Pantai Balok sebelum memulakan acara mengutip sampah sempena program Sayangi Pantai Kita di Pusat Rekreasi Balok di sini hari ini.

Pada program tersebut, sebanyak 452 kilogram sampah berjaya dikumpulkan dalam tempoh dua jam di sepanjang tiga kilometer Pantai Balok oleh 370 peserta.

Peserta terdiri daripada orang awam termasuk kakitangan Bank Islam dan BHB, Kem Bina Negara Bukit Sagu, pelajar Giat Mara, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK)

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Hamdan menegaskan, MPK tidak akan teragak agak untuk menamatkan perkhidmatan kepada mana-mana operator yang tidak menepati Indeks Prestasi Utama (KPI) ditetapkan.

Hal ini katanya, termasuklah apabila gagal melaksanakan peranan untuk memajukan lokasi peranginan serta pusat kunjungan pelancong yang dipertanggungjawabkan.

"PBT telah menyerahkan kawasan tersebut kepada operator dengan jumlah peruntukan yang besar tetapi jika pulangannya tidak memuaskan, kita akan berhentikan dan deposit mereka hangus.

"Pihak berkuasa tidak akan bertoleransi dengan kegagalan operator," katanya.