Sah saingan enam penjuru di Tanjung Piai

(Dari kiri) Faridah Aryani Abdul Ghafar (Bebas), Wendy Subramaniam (Gerakan), Ang Chuan Lock (Bebas), Karmaine Sardini (PH), Datuk Ir Dr Badrulhisham Abd Aziz (Berjasa) dan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN) bergambar bersama selepas diumumkan dan di sahkan sebagai calon-calon PRK Tanjung Piai di sini hari ini. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
(Dari kiri) Faridah Aryani Abdul Ghafar (Bebas), Wendy Subramaniam (Gerakan), Ang Chuan Lock (Bebas), Karmaine Sardini (PH), Datuk Ir Dr Badrulhisham Abd Aziz (Berjasa) dan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN) bergambar bersama selepas diumumkan dan di sahkan sebagai calon-calon PRK Tanjung Piai di sini hari ini. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PONTIAN - Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai bakal menyaksikan pertembungan enam penjuru membabitkan calon daripada Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (Berjasa) dan dua calon Bebas.

Keputusan pencalonan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Tanjung Piai, Zulkifly Mohd Tahir selepas pencalonan diterima secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini hari ini.

"Enam calon berkenaan membariskan Wendy Subramaniam, 38, (Gerakan); Datuk Seri Wee Jeck Seng, 55, (BN-MCA); Dr Ang Chun Lok, 49, (Bebas); Karmaine Sardini, 66, (PH-Bersatu); Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz, 55, (Berjasa) dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar, 43 (Bebas).

"Berikut juga adalah kedudukan senarai calon bagi kerusi berkenaan yang turut diumumkan mengikut susunan kertas undi.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat semakan terdapat enam permohonan untuk menjadi wakil di Dewan Rakyat bagi Parlimen Tanjung Piai.

“Hasil daripada itu, SPR juga telah berpuas hati dan memaklumkan tiada calon yang menyerahkan kertas pencalonan pada PRK kali ini akan ditolak,” kata Zulkifly pada pengumuman terbabit.

Sebelum itu, tempoh pencalonan PRK Tanjung Piai telah berlangsung selama satu jam bermula 9 pagi yang menyaksikan kehadiran ribuan penyokong parti dan dan calon-calon berkenaan.

PRK Tanjung Piai nyaris menjadi medan pertembungan tujuh calon apabila seorang lelaki dikenali sebagai Choong Chai Huatt tampil untuk menyerahkan dokumen sebagai calon bebas.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, pencalonan Chai Huatt yang merupakan pengarah sebuah syarikat dipercayai tidak diterima SPR kerana sehingga jam 10 pagi, dia gagal membawa seorang penyokong dan pencadang bagi proses penamaan calon.