Banjir: Hanya Perak masih buka PPS

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Banjir yang melanda beberapa negeri di semenanjung mulai surut dan hanya Perak dilaporkan masih membuka pusat pemindahan sementara (PPS).

Di Perak, seramai 528 mangsa daripada 140 keluarga ditempatkan di empat PPS ekoran banjir yang melanda daerah Kerian, Hilir Perak dan Manjung, setakat pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, daripada keseluruhan jumlah mangsa banjir, dua PPS iaitu Sekolah Kebangaaan (SK) Changkat Lobak di daerah Kerian menempatkan 149 mangsa daripada 35 keluarga manakala 128 mangsa daripada 33 keluarga lagi berada di SK Parit Haji Aman.

Menurutnya, di Hilir Perak, jumlah mangsa banjir di PPS SK Changkat Jong kekal dengan 169 mangsa manakala seramai 82 orang masih ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di Manjung.

Di Selangor, jurucakap Smart Selangor Command Center berkata, empat penghuni PPS Dewan JKKK Matang Pagar, Gombak yang juga mangsa banjir terakhir di Selangor dibenarkan pulang ke rumah masing-masing lewat petang semalam.

"Walaupun semua PPS ini tidak lagi mempunyai penghuni, ia tetap diletakkan dalam keadaan bersedia bagi menerima mangsa banjir," katanya ketika dihubungi. - Bernama

Artikel Berkaitan: