Eyra Hazali selamat bergelar isteri Haziq Nadzli

SELAMAT pengantin baharu Eyra Hazali, Haziq Nadzli
SELAMAT pengantin baharu Eyra Hazali, Haziq Nadzli
A
A
A

HANYA dengan sekali lafaz, pelakon Eyra Hazali, 20, selamat bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Haziq Nadzli, 21, dalam majlis ijabkabul yang berlangsung di Masjid As-Syakirin KLCC, sekitar 9.35 malam, Jumaat.

Eyra atau nama lengkapnya Hazirah Qasdina Hazali menerima mas kahwin berjumlah RM3,001 beserta sembilan dulang hantaran berbalas 11. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga kedua belah pihak.

Majlis penuh harmoni itu disaksikan keluarga dan teman rapat kedua pasangan pengantin, selain rakan media.

Difahamkan majlis resepsi pasangan ini akan berlangsung di Damansara Perdana, pada Ahad.

Terdahulu, Eyra dan Haziq mengikat tali pertunangan pada 1 Disember tahun lalu.

Artikel Berkaitan: