Di Sisi, Drama Terbaik ASK 2019

DI SISI, Drama Terbaik Anugerah Skrin 2019 - FOTO: Rosli Talib
DI SISI, Drama Terbaik Anugerah Skrin 2019 - FOTO: Rosli Talib
A
A
A
DRAMA terbitan Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia, Di Sisi, dinobat sebagai Drama Terbaik pada Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Jumaat.

Naskhah arahan Wan Afzam Wan Daud itu turut mengungguli kategori Pengarah Terbaik Drama, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (Ruzaidi Rahman), Lakon TV Terbaik (Amin Masyur) dan Penyunting Drama Terbaik (Izar Mazuri).

Kemenangan ini sekaligus mengetepikan empat lagi calon lain iaitu Lalang, Sirna, Telingkah dan Titi Kayu.

Sementara itu, filem terbitan Pixel Play Entertainment, One Two Jaga juga mencatat kejayaan manis apabila diumumkan sebagai Filem Terbaik.

Malah karya tersebut turut menggondol trofi bagi kategori Lakon Layar Terbaik (Pitt Hanif, Namron dan Mohd Syafiq), Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Dr. Rosdeen Suboh) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem (Zahiril Adzim).

Bagi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama pula menjadi milik Faizal Hussien menerusi lakonan berkesannya dalam drama Samad Tedung. Manakala trofi Wanita Terbaik Drama dimenangi Nabila Huda (Dia Tidak Berdosa)

Diikuti kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama dimenangi Amyza Aznan (Batik Zakiah).

Bagi kategori Drama Rantaian Terbaik (kategori Bahasa Melayu), menyaksikan kemenangan berpihak kepada drama Kamar Kamariah, terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Pelakon utamanya, Datuk Fizz Fairuz diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian.

Manakala Zara Zya memenangi kategori sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian menerusi drama Pia.

Artikel Berkaitan:

Drama Rantaian Terbaik bagi kategori Bahasa Cina pula dimenangi oleh Sweet Delicacy, terbitan The Rock Production Sdn Bhd.

Diikuti drama Budak Usin (Radius One Sdn Bhd) yang dimumkan sebagai pemenang Drama Komedi Terbaik.

Sementara itu, Mamat Khalid mengungguli kategori Pengarah Terbaik Filem menerusi filem Hantu Kak Limah dan Pelakon Wanita Terbaik Filem pula menjadi milik Datin Danielle (Gol & Gincu Vol.2).

ASK 2019 secara keseluruhannya mempertaruhkan 30 kategori, dengan tujuh daripadanya diumumkan lebih awal pada Oktober lalu.

Menampilkan konsep tanpa hos utama, ASK 2019 menyaksikan enam pasangan penyampai diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan acara.

Mereka terdiri daripada Zizan Razak bersama Nabila Huda, Zain Saidin; Rozita Che Wan, Shuib; Siti Sarah, Shaheizy Sam; Syatilla Melvin, Azad Jazmin; Eira Syazira dan Shuk; Elly Mazlein.

Segmen persembahan pula diserikan oleh Datuk Jamal Abdillah, Sissy Iman, Dayang Nuefaizah, Hael Husaini, Ernie Zakri, Syamel, Ayda Jebat, Santesh dan lain-lain.

SENARAI PENUH PEMENANG ASK 2019:

1. Drama Terbaik - Di Sisi (Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia)

2. Pengarah Terbaik Drama - Wan Afzam Wan Daud (Di Sisi)

3. Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Faizal Hussien (Samad Tedung)

4. Pelakon Wanita Terbaik Drama - Nabila Huda (Dia Tidak Berdosa)

5. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Ruzaidi Rahman (Di Sisi)

6. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Amyza Aznan (Batik Zakiah)

7. Lakon TV Terbaik - Amin Masyur (Di Sisi)

8. Penyunting Drama Terbaik - Izar Masuri (Di Sisi)

9. Drama Rantaian Terbaik: Kategori Bahasa Melayu - Kamar Kamariah (Suhan Movies & Trading Sdn Bhd)

10. Drama Rantaian Terbaik: Kategori Bahasa Cina - Sweet Delicacy (The Rock Productions Sdn. Bhd)

11. Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian - Datuk Fizz Fairuz (Kamar Kamariah)

12. Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian - Zara Zya (Pia)

13. Drama Komedi Terbaik - Budak Usin (Radius One Sdn Bhd)

14. Videografi Drama Terbaik - Junaimeramfizal Rahmat (Telingkah)

15. Filem Terbaik - One Two Jaga (Pixel Play Entertainment)

16. Lakon Layar Terbaik - Pitt Hanif, Namron dan Mohd Syafiq (One Two Jaga)

17. Pengarah Terbaik Filem - Mamat Khalid (Hantu Kak Limah)

18. Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Dr. Rosdeen Suboh (One Two Jaga)

19. Pelakon Wanita Terbaik Filem - Datin Diana Danielle (Gol & Gincu Vol.2)

20. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Zahiril Adzim (One Two Jaga)

21. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Siti Saleha (7ujuh)

22. Rancangan Majalah Terbaik - Sahabat Backpackers

23. Rancangan Realiti Terbaik - The Z Power

24. Rancangan Dokumentari Terbaik - Majalah 3 (Pertabalan Yang Dipertua Agong Yang Ke-16) Christine Lee Mee Chin dan Zerry Fancis)

25. Rancangan Bual Bicara Terbaik - Feel Good Show: Istimewa Deepavali (Intan Noorbaizura dan Thayalan Krishna)

26. Laporan Khas Berita Terbaik - Buletin Utama: Aduan Rakyat - Kampung Sampah (Khairul Rizuan Azizan dan Khairul Azwan Khalid)

27. Rancangan Hiburan Terbaik - Konsert Minggu Ini: Ratu 2.0 (Ellia Norni Elias dan Rashidah Ali)

28. Rancangan Anugerah Terbaik - Anugerah Juara Lagu 33 (Nurhul Huda Haji Khalid dan Hamsiah Biri)

29. Rekabentuk Set Terbaik - Mohd. Rafi dan Mohd. Rashidy Samsudin (Anugerah Skrin 2018)

30. Montaj Terbaik - Mohd Rizuan Abd Rahman & Zarul Eskandar (Halaqah 2019)