Tourism Malaysia yakin sasaran 85 juta pelancong domestik tercapai

Tourism Malaysia
Tourism Malaysia
A
A
A

PUTRAJAYA - Sasaran 85.2 juta pelancong domestik dengan jangkaan perbelanjaan pelancong RM68.5 bilion untuk tahun ini akan tercapai jika tiada bencana besar berlaku dalam negara.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Zulkifly Md Said berkata, penggiat industri pelancongan tempatan perlu merebut peluang dengan bersikap lebih proaktif dan kreatif mempromosikan produk mereka bagi menarik pelancong domestik menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan.

"Tahun lepas, pelancong domestik mencatatkan 78.2 juta orang dengan jumlah perbelanjaan pelancongan sebanyak RM60.4 bilion," katanya pada sidang media selepas merasmikan ’Çuti-Cuti Malaysia Travel Fair 2019’, di sini hari ini.

Beliau berkata, pameran pengembaraan Cuti-Cuti Malaysia selama tiga hari sehingga Ahad ini di IOI City Mall di sini menyasarkan jualan pakej sebanyak RM1 juta.

Sebanyak 30 syarikat terdiri daripada ejen pelancongan, perhotelan dan pengusaha produk pelancongan menawarkan harga pakej berpatutan dengan menyasarkan penduduk sekitar Putrajaya dan Lembah Klang. - Bernama

Artikel Berkaitan: