Bola api misteri

Objek tersebut didakwa mengeluarkan bunyi kuat.
Objek tersebut didakwa mengeluarkan bunyi kuat.
A
A
A

OSAKA - JEPUN. Sebuah objek menyerupai bola api dilihat melintasi kawasan barat Jepun, awal semalam yang mana pakar percaya ia adalah meteor.

Ahli astronomi amatur, Masayoshi Ueda, 67, berjaya mengambil gambar objek itu pada jam 4.50 pagi (waktu tempatan) di kediamannya di Habikino di wilayah Osaka.

"Saya tidak dapat merakam bunyi tetapi ia bercahaya sebelum menjadi bola besar. Saya sangat bertuah kerana kita tidak menjangka bila dapat melihat objek seumpama itu," katanya.

Beberapa penduduk di Pulau Shikoku turut berkongsi maklumat tentang objek terbang misteri itu di internet.

"Pada mulanya, saya menyangka ia adalah gempa bumi kerana bunyi kuat seperti deram derum," kata salah seorang saksi.

Sementara itu, profesor madya di Balai Cerap Astrnomi Kebangsaan Jepun, Hitoshi Yamaoka berkata, bola api seperti itu dapat dilihat hampir setiap hari, namun jarang ia mengeluarkan bunyi kuat.

"Saya rasa ia mungkin lebih besar pada kali ini dengan ukuran 0.5 meter panjang. Ia biasanya lenyap di udara, namun bola api tersebut mungkin telah jatuh ke tanah," jelasnya. - japantimes

Artikel Berkaitan: