Teknologi cam wajah atasi jenayah

A
A
A

MINGGU lalu peminat bola sepak Malaysia kecoh rentetan pertembungan empat pasukan merebut tempat ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2019. Namun, penulis lebih tercuit dengan kiriman WhatsApp seorang bekas penulis bola sepak tersohor suatu ketika dahulu yang menceritakan insiden kekecohan sebelum pertembungan Swansea City menentang Cardiff City.

Rakan penulis itu bercerita tentang tindakan polis menggunakan teknologi pengecaman wajah atau facial recognition technology bagi mengenal pasti penyokong yang ada rekod jenayah silam sekali gus menyekat mereka memasuki Liberty Stadium.

Menerusi akaun Twitter @swpolice bertarikh 27 Oktober 2019, Jabatan Polis South Wales secara rasmi memaklumkan peminat bola sepak England tentang penggunaan teknologi berkenaan yang dikenal pasti boleh menghalang samseng bola sepak (hooligan) daripada membuat onar di dalam sesebuah stadium.

Laporan dari England itu menyebut, penggunaan teknologi pengecaman wajah ialah sebahagian daripada pelan pemantauan memastikan perlawanan Swansea City dan Cardiff City lancar.

Sebenarnya, teknologi pengecaman wajah telah pun disebut ALLAH SWT dalam surah Al-Qiyaamah bermaksud: “Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannya lah mereka melihat dan wajah-wajah (orang kafir) pada hari itu muram.”Sistem pengenalan wajah ialah teknologi yang mampu mengenal pasti atau mengesahkan seseorang daripada lantunan imej digital sumber video.

Sistem itu berfungsi dengan membandingkan ciri-ciri wajah terpilih berdasarkan imej yang diberikan dengan muka tersedia dalam pangkalan data. Ia menggunakan aplikasi Artificial Intelligence (AI).

Interaksi manusia

Teknologi pengecaman wajah melibatkan interaksi manusia dengan komputer secara kompleks, pengawasan video dan pengindeksan imej secara automatik dalam pangkalan data video. Malah ketika ini, pihak berkuasa tempatan Xinjiang, China sudah menguji menggunakan teknologi pengecaman wajah sejak 2017 bagi mencari suspek yang dilaporkan sesat dari rumah atau pejabat. Sistem itu berfungsi dengan membandingkan ciri-ciri wajah terpilih daripada imej yang ada dalam pangkalan 'big data'.

Artikel Berkaitan:

Ia juga digelar Artificial Biometric Intelligence yang dapat mengenal pasti seseorang dengan menganalisis corak berdasarkan tekstur dan bentuk wajah orang itu. Laporan itu menyebut teknologi pengenalan wajah mula dirintis tiga sahabat iaitu Woody Bledsoe, Charles Bisson dan Helen Chan Wolf yang bertugas di Stanford Research Institute (SRI), Amerika Syarikat. Namun, sistem itu ada kaitannya dengan teknologi dicipta Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi (Al-Khwarizmi) pada 820 SM yang mencipta sistem algoritma berasaskan nombor `0’ dan '1' iaitu asas kepada teknologi digital. Bledsoe dan rakan-rakannya mencipta aplikasi komputer dengan melihat wide and deep pada platform mudah alih ke dalam teknologi AI.

Penggunaan Algoritma Al-Khwarizmi digunakan sebagai sistem pengiktirafan popular termasuk analisis komponen utama menggunakan eigenfaces, linear discriminant analysis, padanan graf kumpulan elastik menggunakan algoritma Fisherface, model Markov tersembunyi, pembelajaran subspace multilinear menggunakan perwakilan tensor dan pemadanan pautan dinamik bermotivasi neuron.

Bagaimanapun, teknologi pengecaman wajah tetap ada masalahnya. Ralph Gross, seorang penyelidik di Institut Robotics Carnegie Mellon (IRCM) menyatakan ada halangan berkaitan sudut tontonan teknologi pengiktirafan wajah walaupun mendapat kejayaan cukup baik pada muka hadapan penuh sehingga 20 darjah maksimum.

Gross membuktikan sebaik sahaja wajah itu beralih melebihi sudut profil muka, ia menghadapi masalah pengiktirafan atau unrecognized face.

Jelas sekali sebijak mana sekalipun manusia, ALLAH Maha Berkuasa. ALLAH berfirman dalam surah Yasin: "Hai manusia, pada hari ini Kami kunci mulut-mulut mereka tetapi tangan-tangan mereka berkata-kata dengan Kami dan kaki-kaki mereka menyaksikan apa yang mereka usahakan (lakukan).”Daripada catatan ayat di atas, manusia mampu mengkaji dan menjadikan tubuh badan manusia sebagai bahan sumber data deria atau sensor pengenalan diri melalui sistem teknologi pengecaman.

*Dr Ir Muhidin Arifin ialah Pengarah Institut Kejuruteraan Sukan Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor