Trump 'merajuk', mahu pindah ke Florida

Trump dilaporkan sering berulang-alik dari Mar-a-Lago di Palm Beach, Florida ke Rumah Putih.
Trump dilaporkan sering berulang-alik dari Mar-a-Lago di Palm Beach, Florida ke Rumah Putih.
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan rancangan untuk menjadikan Florida sebagai kediaman tetap beliau.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berikutan layanan buruk yang diterima daripada ahli politik di New York walaupun beliau membayar cukai berjumlah jutaan dolar.

Bagaimanapun, perkara itu tidak dapat disahkan memandangkan Trump enggan mendedahkan maklumat bayaran cukai peribadinya.

Jutawan hartanah tersebut dilahirkan di New York, namun lebih banyak menghabiskan masa di estet Mar-a-Lago di Palm Beach, Florida.

Trump yang memiliki resort Mar-a-Lago sejak 1985 sering berulang-alik dari sana ke Rumah Putih.

Presiden ke-45 AS itu yang mahu bertanding semula pada Pilihan Raya Presiden tahun depan turut menyatakan dengan jelas bahawa beliau berharap untuk kekal di Rumah Putih untuk penggal kedua.

Sementara itu, The New York Times melaporkan Trump dan isterinya, Melania mengemukakan permohonan untuk menetap di Florida pada September lalu.

Dokumen yang diperoleh akhbar itu turut menyenaraikan beberapa lokasi kediaman tetap Trump seperti 1600 Pennsylvania Avenue (Rumah Putih) dan kelab golf persendirian di Bedminster, New Jersey.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada beliau akan mengekalkan Trump Tower di Manhattan yang menjadi kediaman utama Trump sejak 1983.

Sementara itu, laporan NBC News mendakwa, Trump menghabiskan masa selama 99 hari Mar-a-Lago berbanding 20 hari di Trump Tower sejak mengambil alih jawatan di Rumah Putih. - Agensi