Tambah 5,000 penerima bantuan KISS

Amirudin ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2020 hari ini.
Amirudin ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2020 hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Penerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) akan ditambah seramai 5,000 lagi menjadikan jumlah keseluruhan seramai 25,000 penerima tahun depan.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri bersetuju menambah peruntukan sebanyak RM12 juta menjadikan jumlah dana diperuntukkan untuk manfaat itu sebanyak RM62 juta tahun depan.

“Kerajaan negeri sentiasa mengambil berat dan menghargai peranan positif golongan wanita dalam pembangunan negeri khususnya pembangunan institusi keluarga yang berkualiti.

“Inisiatif ini berjaya memberdaya kaum wanita sebagai tonggak keluarga,” katanya pada pembentangan Belanjawan Selangor 2020 di Bangunan Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Terdahulu beliau berkata, sejak diperkenalkan pada 2017, KISS memberi manfaat kepada hampir 50,000 wanita di Selangor setiap tahun.

Katanya, ia adalah bukti komitmen kerajaan negeri dalam memperkasa dan mengupayakan kaum wanita di Selangor.

Artikel Berkaitan: