[VIDEO] Pemuda OKU solat sentuh hati netizen

Seorang pemuda tidak menjadikan kekurangan fizikalnya sebagai penghalang untuk menunaikan solat di sebuah masjid.
Seorang pemuda tidak menjadikan kekurangan fizikalnya sebagai penghalang untuk menunaikan solat di sebuah masjid.
A
A
A

SEORANG pemuda tidak menjadikan kekurangan fizikalnya sebagai penghalang untuk menunaikan solat di sebuah masjid sebelum rakaman videonya tular di laman sosial.

Video durasi 24 saat itu memaparkan pemuda dilahirkan orang kurang upaya (OKU) itu sedang menunaikan solat dalam kepayahan ekoran kecacatan di kedua-dua tangannya.

Meraih lebih 573,300 tontonan, video yang dimuat naik di Twitter Ibrahim Yunus itu nyata menyentuh hati netizen.

Menurut @Arie66487266, "ya ALLAH, yang sihat pun belum tentu ingat ALLAH, akan tetapi insan yang kekurangan fizikalnya pun selalu mendekatkan diri dengan ALLAH. Mari kita belajar dari video ini untuk selalu ingat ALLAH," ciapnya.

"Terasa hina diri ini apabila melihat video ini, diri yang sihat tetapi masih lagi tidak cukup waktu," ciap @cupinnk pula.

Kata @ramatushesu, tiada alasan untuk meninggalkan solat sedangkan diri kita cukup sempurna untuk tunaikan rukun Islam itu.

"Jika lelaki ini boleh solat walau agak payah, apa alasan kita yang sempurna ini untuk tidak solat. Moga ALLAH permudahkan urusan kita," katanya.

Dalam pada itu, lokasi masjid itu tidak diketahui namun dipercayai berlaku di negara Arab apabila melihat pakaian para jemaah berjubah.

Artikel Berkaitan: