RM5 juta untuk Program Food Bank Selangor

Amirudin ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2020 hari ini.
Amirudin ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2020 hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 2,000 keluarga miskin bandar di Selangor bakal menerima manfaat dalam Program Food Bank Selangor yang dilancarkan dengan dana permulaan sebanyak RM5 juta.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, usaha kerajaan negeri itu akan dilaksanakan di kawasan projek perumahan rakyat (PPR).

“Program Food Bank Selangor ini dikhususkan kepada keluarga dalam golongan ‘urban poor’ ataupun miskin bandar.

“Inisiatif Food Bank Selangor ini akan dilaksanakan dengan kerjasama pihak penggerak belia tempatan (PeBT), sukarelawan Team Selangor, Pejabat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) serta pejabat Ahli Parlimen,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan laporan United Nations Sustainable Development Goals (SDG) 2019, setiap seorang daripada sembilan orang mengalami masalah kekurangan khasiat makanan.

Artikel Berkaitan: