Subsidi RM350 kepada belia ambil lesen motor

Belanjawan Selangor 2020. Gambar kanan: Amirudin
Belanjawan Selangor 2020. Gambar kanan: Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak RM1 juta subsidi diperuntukkan kerajaan Selangor bagi Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) yang menawarkan subsidi RM350 bagi pengambilan lesen motosikal.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, inisiatif itu bakal memberi manfaat kepada hampir 3,000 anak muda di seluruh Selangor terutama golongan miskin bandar.

Menurutnya, kerajaan negeri peka dan prihatin dengan trend ‘gig economy’ yang semakin meluas di negara ini.

“Oleh itu, bagi menggalakkan anak muda melibatkan diri dalam bidang ini, kerajaan negeri akan memperkenalkan inisiatif RiDE.

“Subsidi sebanyak RM350 seorang akan diberikan bagi anak muda mengambil kursus latihan lesen motor,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2020 di sini hari ini.

Beliau berkata, program tersebut akan dilaksanakan Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN).

Artikel Berkaitan: