Isteri diminta lebih memahami tugas warga APMM

Mohd Zubil (depan, tengah) bersama pengurusan tertinggi APMM bergambar bersama 31 pegawai kanan penguat kuasa Maritim dinaikkan pangkat selepas majlis penyempurnaannya di sini hari ini.
Mohd Zubil (depan, tengah) bersama pengurusan tertinggi APMM bergambar bersama 31 pegawai kanan penguat kuasa Maritim dinaikkan pangkat selepas majlis penyempurnaannya di sini hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Isteri kepada anggota dan pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) diminta lebih memahami tugas suami masing-masing dalam melaksanakan tugas mereka menjaga perairan negara.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, ia begitu penting kerana sokongan daripada pasangan masing-masing diperlukan bagi mereka meneruskan kelangsungan kerjaya sebagai seorang penguat kuasa APMM.

"Saya berpesan kepada para isteri agar lebih memahami dan terus menyokong pasangan masing-masing dalam meneruskan kelangsungan kerjaya sebagai seorang penguat kuasa maritim negara yang mana ia penuh dengan cabaran," katanya ketika berucap sempena majlis kenaikan pangkat kepada 31 Pegawai Kanan Penguat Kuasa Maritim yang berlangsung di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya, hari ini.

Dalam majlis itu, seramai lima pegawai berpangkat Kepten Maritim menerima kenaikan pangkat kepada Laksamana Pertama Maritim, 16 Komander Maritim kepada Kepten Maritim dan 10 Leftenan Komander Maritim kepada Komander Maritim berdasarkan kelayakan mereka.

"Saya berharap dengan pangkat diterima, pegawai berkenaan dapat menjadikan ia sebagai pembakar semangat dan pendorong dalam melaksanakan amanah diberikan dengan sebaik mungkin," katanya.

Sementara itu, mewakili penerima pangkat, Laksamana Pertama Maritim Amran Daud berkata, mereka beriltizam untuk melaksanakan tugas dan amanah dipertanggungjawabkan dengan penuh komitmen, ikhlas dan berintegriti.

“Kejayaan dikecapi dan nikmati tidak akan tercapai tanpa pengorbanan serta sokongan padu daripada ahli keluarga,” katanya.

Artikel Berkaitan: