Zakat Melaka perkasa agihan zakat secara wakalah

Azhar (kiri) menyerahkan wakalah Maybank Islamic Berhad kepada Guru Besar SRA JAIM yang terpilih di Sekolah Rendah Agama (JAIM) Bukit Bayan, Taman Bukit Katil kelmarin.
Azhar (kiri) menyerahkan wakalah Maybank Islamic Berhad kepada Guru Besar SRA JAIM yang terpilih di Sekolah Rendah Agama (JAIM) Bukit Bayan, Taman Bukit Katil kelmarin.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Zakat Melaka akan terus memperkasakan aplikasi agihan zakat secara wakalah di negeri itu supaya dapat disalurkan kepada golongan asnaf mengikut syarat tertentu.

Terbaru, perkara itu dapat direalisasikan menerusi peruntukan wakalah Maybank Islamic Berhad berjumlah RM37,518 bagi 222 unit meja dan 111 unit kerusi sebagai keperluan tujuh Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Daerah Melaka Tengah.

Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Abdul Halim Ismail berkata, berdasarkan persetujuan bersama, pengurusan Maybank Islamic Berhad membenarkan urusan wakalah pembelian meja dan kerusi murid-murid yang diuruskan dan dilakukan oleh Zakat Melaka.

Guru SRA JAIM menerima dokumen wakalah daripada Maybank Islamik Berhad bagi peruntukan kerusi dan meja sekolah.
Guru SRA JAIM menerima dokumen wakalah daripada Maybank Islamik Berhad bagi peruntukan kerusi dan meja sekolah.

Menurutnya, program wakalah seperti itu sudah lama dipraktikkan di negeri-negeri lain seperti Perlis dan Selangor.

Katanya, Melaka di bawah kerajaan negeri yang sedia ada akan terus mengaplikasikan agihan zakat seumpama itu terutama yang dibayar oleh syarikat-syarikat korporat.

“Dengan adanya agihan wakalah pihak zakat negeri akan memulangkan semula wang pembayar zakat sebanyak 3/8 dengan syarat pembayar zakat membayar zakat RM50,000 dan ke atas.

“Pembayar wang zakat boleh mengagihkan wang tersebut kepada mana-mana asnaf dengan syarat-syarat tertentu termasuk seperti apa yang kita lakukan dengan membeli keperluan sekolah,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Wakalah Agihan Zakat Perniagaan Maybank Islamic Berhad Bersama Zakat Melaka yang turut dihadiri Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat di SRA JAIM Bukit Bayan, Taman Bukit Katil di sini kelmarin.

Wakil penerima selepas selesai Majlis Penyerahan Wakalah Agihan Zakat Perniagaan Maybank Islamic Berhad Bersama Zakat Melaka kelmarin.
Wakil penerima selepas selesai Majlis Penyerahan Wakalah Agihan Zakat Perniagaan Maybank Islamic Berhad Bersama Zakat Melaka kelmarin.

Abdul Halim berkata, pihaknya berharap lebih banyak syarikat korporat turut serta dalam agihan zakat seperti itu sekali gus memperluaskan konsep wakalah agihan zakat perniagaan.

“Satu usaha membantu syarikat korporat melunaskan tanggungjawab mereka membayar zakat dan wang zakat itu dapat dipulangkan semula dengan cara meningkatkan kualiti pendidikan murid-murid di negeri ini.

“Mudah-mudahan usaha dan sokongan daripada agensi korporat yang melunaskan zakat dapat membantu meningkatkan taraf kualiti pendidikan dan kemajuan murid-murid sekolah agama.

“Kita juga bercadang untuk memperluaskan agihan zakat di sekolah-sekolah daerah lain kelak,” katanya.

Tujuh sekolah terpilih menerima meja dan kerusi pelajar iaitu SRA JAIM Taman Tasik Utama, SRA JAIM Bukit Katil, SRA JAIM Limbongan, SRA JAIM Gerak Khas, SRA JAIM Pantai Kundur, SRA JAIM Kampung Tun Razak dan SRA JAIM Taman Bukit Rambai.