Tokan dadah tak sempat bayar duit sewa rumah

Antara barangan dan dadah yang dirampas.
Antara barangan dan dadah yang dirampas.
A
A
A

JEMPOL - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jempol menahan seorang tokan dadah yang aktif di sekitar Kampung Lonek dan Batu Kikir di sini.

Ketua Pegawai AADK Daerah Jempol, Ahmad Sabri Yusof berkata, seorang lelaki berusia 29 tahun turut ditahan di kediamannya.

Katanya, suspek sebelum ini dipercayai hanya 'berniaga' secara kecil-kecilan tetapi pada hari kejadian dia dikatakan ingin mencari duit lebih untuk membayar sewa rumah berikutan masalah kewangan akibat bermain judi.

"Hasil maklumat risikan AADK Jempol, suspek ditahan di Taman Musytari, Batu Kikir dan pemeriksaan yang menemui beberapa paket lut sinar mengandungi ketulan disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 19.83 gram dengan nilai anggaran RM3,000.

"Polis turut merampas dadah jenis methamphetamine, syabu dan ganja. Suspek kemudiannya diserahkan kepada Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Dan Narkotik IPD Jempol untuk tindakan lanjut," katanya.

Tambahnya, dadah yang dirampas itu boleh untuk 50 penagih.

Artikel Berkaitan: