Pengusaha restoran makanan eksotik tak terlepas diperiksa

Abdul Hamid menyematkan pingat Jasa Pahlawan Negara pada majlis istiadat di Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Peringkat Kontinjen Pahang 2019 di Adtec Jerantut hari ini.
Abdul Hamid menyematkan pingat Jasa Pahlawan Negara pada majlis istiadat di Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Peringkat Kontinjen Pahang 2019 di Adtec Jerantut hari ini.
A
A
A

JERANTUT - Pengusaha restoran makanan eksotik di negara ini turut tidak terlepas daripada perhatian pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Ops Bersepadu Khazanah bagi membendung aktiviti menjarah hasil hutan di Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pemeriksaan akan dilakukan terhadap peniaga termasuk restoran-restoran yang menghidangkan makanan tersebut di premis terlibat.

"Kita akan memeriksa dari mana mereka mendapat sumber haiwan tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Peringkat Kontinjen Pahang 2019 di Pusat Latihan Tinggi Teknologi (Adtec) Jerantut di sini hari ini.

Seramai 199 penerima pingat terdiri pegawai kanan polis dan pegawai pangkat rendah dari Jerantut, Kuala Lipis dan Raub.

Abdul Hamid turut memberitahu, selain itu pihak yang terlibat dalam pemerdagangan flora dan fauna di negara ini turut menjadi sasaran polis.

Rabu lalu beliau mengumumkan dua batalion iaitu Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Senoi Praaq, Bidor,Perak melibatkan 1,073 anggota digerakkan bagi menjalankan Operasi Khazanah tersebut bagi menangani pemburu haram di dalam hutan di negara ini.

Operasi tersebut turut mendapat kerjasama Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Jabatan Hutan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.

Artikel Berkaitan: