Gara-gara tak dapat tisu, garfu, wanita lepaskan tembakan

Kesan tembakan di cermin sebuah restoran terbabit.
Kesan tembakan di cermin sebuah restoran terbabit.
A
A
A

KENTUCKY - Hanya kerana tidak mendapat garfu dan tisu ketika membeli makanan segera, seorang wanita melepaskan satu das tembakan ke arah cermin restoran terbabit.

Kejadian itu berlaku di Shelbyville, Kentucky, Amerika Syarikat dan dimuat naik di Facebook sebelum ia tular di laman sosial itu.

Polis mengesahkan menerima laporan berhubung insiden itu.

Dalam pada itu, pengurus di sebuah restoran berhampiran, Charlene Witt memberitahu, insiden itu sepatutnya tidak berlaku.

"Ada pelanggan datang ke restoran ini dan bertanyakan sama ada saya tahu apa yang berlaku pada restoran terbabit.

"Dia cakap, ada pelanggan melepaskan tembakan di cermin. Ia sungguh menakutkan," katanya kepada Mirror.

Artikel Berkaitan: