Ubat batuk campur susu menjadi racun?

No Image Caption
A
A
A
UBAT batuk bercampur susu boleh menjadi racun? Pasti ada dalam kalangan kita pernah mendengar 'fakta' itu.

Sebenarnya tiada kajian yang menunjukkan campuran ubat batuk ke dalam susu boleh bertukar menjadi racun. Pihak berkenaan juga tidak tahu sama ada kes yang tular itu benar atau tidak.

Jika ia adalah benar, tidak dinyatakan umur kanak-kanak yang terlibat dan dos ubat batuk atau ubat selesema yang dicampurkan ke dalam susu tersebut.

Terdapat banyak jenis ubat batuk atau ubat selesema yang berada di pasaran, sama ada didapati di klinik-klinik atau di kedai farmasi.

Pun begitu, jenis ubat batuk atau ubat selesema yang paling biasa adalah daripada kumpulan ubat yang dipanggil ‘antihistamines’. Ubat jenis antihistamine tidak dibenarkan diberi kepada kanak-kanak di bawah umur dua tahun di Malaysia.

Bagaimanapun sesetengah negara lain pula menyekat pemberian ubat itu kepada kanak-kanak di bawah umur empat tahun. Ada juga di bawah umur enam tahun (USFDA).

Kenapa?

Menurut Pusat Racun Negara, ubat antihistamine telah dilaporkan boleh menyebabkan kesan tekanan pernafasan (respiratory depression) jika diberi kepada kanak-kanak dan boleh membawa maut.

Maka dalam kes yang tular itu, tidak kira sama ada dicampurkan ke dalam susu atau minuman apa sekali pun, ubat batuk atau ubat selesema tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak di bawah dua tahun atau diberikan dengan dos yang berlebihan kepada kanak-kanak lebih dua tahun.
Artikel Berkaitan:


Benarkah susu meneutralkan ubat?

Jika ingin dibincangkan mengenai interaksi antara ubat dan makanan, mungkin konteksnya terlalu luas. Bertumpu kepada susu, memang ada sesetengah ubat dan antibiotik menjadi kurang berkesan jika diberikan bersama-sama susu, contohnya antibiotik ciprofloxacin, doxycyline dan tetracycline kerana kandungan kalsium di dalam susu.

Adalah tidak benar beranggapan susu meneutralkan semua jenis ubat.

Sumber: Pusat Racun Negara