X

Kindly register in order to view this article
!

Daesh umum pengganti al-Baghdadi

Al-Baghdadi terbunuh dalam operasi khas tentera elit AS di Idlib, Syria pada Ahad lalu.
A
A

DAMSYIK - Daesh mengumumkan Abu Ibrahim al-Hashimi al-Quraishi sebagai pemimpin baru kumpulan militan itu.

Pengumuman itu susulan kematian Abu Bakr al-Baghdadi di tangan tentera elit Amerika Syarikat (AS) dalam operasi khas di Idlib, Syria pada Ahad lalu.

Daesh turut mengesahkan kematian jurucakap mereka, Abu Hassan al-Muhajir dalam satu serbuan lain.

Kumpulan itu, menerusi jurucakap barunya, Abu Hamza al-Quraishi turut memberi amaran kepada AS bahawa penyokongnya akan membalas dendam di atas kematian al-Baghdadi.

Al-Baghdadi yang menjadi buruan AS sejak sekian lama telah beberapa kali dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!