Rapid KL lanjut operasi LRT, bas sempena perlawanan akhir Piala Malaysia.

Rapid KL lanjut operasi LRT dan tiga laluan bas keke Stadium Bukit Jalil sempena perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu ini
Rapid KL lanjut operasi LRT dan tiga laluan bas keke Stadium Bukit Jalil sempena perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu ini
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rapid KL bakal melanjutkan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) di Stesen Bukit Jalil sehingga jam 1 pagi Sabtu ini sempena perlawanan akhir Piala Malaysia Johor menentang Kedah.

Prasarana dalam satu kenyataan memaklumkan, perkhidmatan tiga laluan bas dari Stesen Awan Besar turut dilanjutkan dan bas terakhir akan bertolak jam 1 pagi.

"Operasi laluan yang terlibat ialah bas 652 (LRT Awan Besar- Batu 3 Jalan Klang Lama), T580 (LRT Awan Besar-Stesen LRT Bukit Jalil) dan T582 (LRT Awan Besar-LRT Salak Selatan, Bukit Jalil," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut, Rapid KL menyarankan penyokong yang mahu ke stadium menggunakan pengangkutan awam bagi mengelak kesesakan.

"Gunakan Touch N Go atau beli token perjalanan pulang lebih awal untuk melancarkan perjalanan.

"Pengguna turut dinasihatkan menjaga keselamatan masing-masing dan berhubung dengan petugas stesen sekiranya memerlukan bantuan.

"Pengguna yang memandu kenderaan boleh meletakkan kenderaan di stesen LRT berhampiran termasuk LRT Muhibbah, LRT Awan Besar dan LRT Sri Petaling," katanya.

Artikel Berkaitan: