X

Kindly register in order to view this article
!

Restoran 'berahi' diserbu

Sebahagian gadis warga asing yang ditahan dalam Op Noda di sebuah restoran di Pandan Indah, Tasik Tambahan, Ampang malam tadi.
A
A

AMPANG - Polis Selangor membongkar kegiatan kegiatan haram sebuah restoran terletak di Pandan Indah, Tasik Tambahan yang 'menyajikan' gadis pelayan pelanggan (GRO) melalui Op Noda malam tadi.

Restoran itu menawarkan persembahan pelayan warga asing di atas pentas disediakan untuk tatapan pelanggan yang turut berpeluang memakaikan kalung kepada gadis dipilih.

Pegawai Turus Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Selangor, Deputi Superintendan Azmi Syukor berkata, pelanggan boleh memakaikan kalung bunga yang mempunyai tanda harga atau ‘duit tip’ mengikut kemahuan mereka kepada gadis pelayan terbabit.

“Sekiranya pelayan wanita dipakai dengan kalung RM100, bermaksud pelanggan memberikan tip sebanyak RM100, namun ia bergantung kepada persembahan atau pertunjukan gadis yang dipilih," katanya kepada media selepas operasi terbabit.

Kalung bunga turut dirampas dalam operasi itu.
Kalung bunga turut dirampas dalam operasi itu.

Menurutnya, seramai 11 wanita membabitkan 10 warga China dan seorang Myanmar dipercayai pelayan ditahan bersama tiga lelaki pekerja warga Bangladesh dalam operasi kira-kira jam 10.20 malam hasil risikan anggota D7.

"Polis turut menahan tiga warga tempatan termasuk dua wanita yang berperanan sebagai pengurus dan pekerja selain merampas pelbagai barangan seperti peralatan audio, jubah, selempang, kalungan bunga dan mahkota.

"Semakan juga mendapati restoran terbabit beroperasi tanpa lesen hiburan dan pernah dua kali diserbu sebelum ini kerana dipercayai turut menawarkan khidmat seks bergantung kepada jumlah bayaran yang dikenakan," katanya.

Azmi berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus