X

Kindly register in order to view this article
!

Boleh potong kuku pada bila-bila masa, tak semestinya hari Jumaat

A
A

"HARI ini hari Jumaat, sunat potong kuku pada hari ni."

Barangkali potong kuku pada hari Jumaat sudah menjadi kelaziman buat kita.

Persoalannya, benarkah ada hari-hari tertentu untuk kita memotong kuku dengan kelebihan tertentu? Bagaimanakah cara Rasulullah SAW memotong kuku?

Hukum asal memotong kuku adalah disunatkan pada mana-mana hari kerana asal hadis sahih umum daripada Nabi Muhammad SAW yang mana baginda bersabda: "Lima perkara daripada fitrah ialah berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai."

Namun, menetapkan hari-hari tertentu atau kaifiat tertentu tidak ada nas yang jelas berkenaan perkara itu, demikian pendapat Imam al-Sakhawi dan selainnya.

Bagaimanapun, sahabat seperti Ibnu Umar suka merapikan misai dan memotong kuku pada hari Jumaat manakala, seorang ulama tabi'in besar iaitu Imam Ibrahim al-Nakhaie menukilkan bahawa ramainya orang memotong kuku pada hari Jumaat.

Maka, memotong kuku pada apa-apa hari atau dengan kaifiat tertentu boleh dilakukan tanpa menyandarkan secara khusus kepada Nabi Muhammad SAW.

Justeru, tidak salah untuk memotong kuku pada bila-bila masa apabila kita merasakan kuku kita agak panjang.

***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan pendakwah dan penulis.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus