'The Saviour' jadikan air hujan lebih manfaat

Pelajar dan guru (SMK) Seri Tanjong bergambar bersama 'The Saviour'. - Foto pembaca Sinar Harian Suraya Hani Sulaiman
Pelajar dan guru (SMK) Seri Tanjong bergambar bersama 'The Saviour'. - Foto pembaca Sinar Harian Suraya Hani Sulaiman
A
A
A

MELAKA - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Tanjong berjaya mewujudkan Taman 'The Saviour' yang berkonsepkan sistem tadahan air hujan di kawasan belakang surau sekolah berkenaan.

Taman ini dinamakan sempena nama kumpulan peserta Toyota Eco Youth iaitu 'The Saviour'.

'The Saviour' menggunakan sistem tadahan air hujan yang ditapis menggunakan penapis 'Cartridge Filteration Rack' (CFR).

- Foto pembaca Sinar Harian Suraya Hani Sulaiman
- Foto pembaca Sinar Harian Suraya Hani Sulaiman

Air hujan yang telah ditapis akan disalurkan untuk kegunaan kolam ikan, tanaman dan tandas di kawasan surau sekolah.

CFR dibina dengan kerjasama pihak Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dan telah dirasmikan oleh wakil PIBG SMK Seri Tanjong, Azrul Zulkifli Stork, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: