Seorang maut, 10 cedera van terbalik

Anggota penyelamat membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam van terbabit.
Anggota penyelamat membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam van terbabit.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang pekerja warga asing maut manakala 10 yang lain termasuk seorang warga tempatan cedera apabila van dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebatang pokok sebelum terbalik di tepi longkang di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian pada jam 6.25 pagi sebelum anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya bergegas ke lokasi.

Menurutnya, laporan awal memaklumkan van berkenaan dipandu seorang lelaki dan dinaiki 10 warga asing dipercayai pekerja kilang.

Nahas van yang mengorbankan seorang pekerja warga asing pagi tadi.
Nahas van yang mengorbankan seorang pekerja warga asing pagi tadi.

"Kita didapati 10 mangsa terperangkap dalam van itu. Seorang penumpang dikeluarkan oleh orang awam sebelum bomba tiba namun disahkan meninggal dunia.

"Mangsa yang lain dikeluarkan oleh anggota bomba.Tiga mangsa cedera parah manakala tujuh lagi mengalami kecederaan ringan," katanya.

Beliau berkata, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: