X

Kindly register in order to view this article
!

Perlu ada persefahaman agama untuk keharmonian kaum: Waytha Moorthy

P Waytha Moorthy
A
A

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy hari ini menegaskan kepentingan memahami sensitiviti agama yang menjadi platform kepada keharmonian kaum di negara ini.

Merujuk kepada surat yang disiarkan dalam akhbar hari ini yang bertajuk Plea For Vegetarian Food beliau berkata, perlu ada persefahaman agama dalam kalangan rakyat Malaysia terutama dalam perkara yang melibatkan tuntutan agama seperti menjadi pengamal vegetarian.

“Telah diketahui bahawa setiap budaya yang unik dipengaruhi oleh agama. Kita tidak dapat menafikan bahawa agama mencorakkan cara hidup kita, oleh itu, menghargai setiap keunikan akan meningkatkan kefahaman antara satu sama lain dan meningkatkan kebersamaan sebagai satu bangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Surat daripada bekas pelajar matrikulasi yang mengamalkan vegetarian itu mendakwa pelajar tidak dibenarkan membeli makanan di luar kampus walaupun permintaan secara formal telah dikemukakan kepada pegawai hal ehwal pelajar.

Beliau berkata, pihak pengurusan terutamanya institusi pendidikan perlu lebih sensitif terhadap latar belakang agama pelajar.

Waytha Moorthy berkata, beliau akan memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan atas semangat kepelbagaian budaya untuk mendapatkan sokongan dan tindakan mereka bagi menangani isu itu. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf