Trump masih tak dapat dana projek tembok sempadan

Republikan menyatakan ia mungkin tidak akan mengundi rang undang-undang tersebut.
Republikan menyatakan ia mungkin tidak akan mengundi rang undang-undang tersebut.
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Senat Amerika Syarikat (AS) yang menampilkan barisan majoriti anggota Demokrat, semalam meluluskan dua langkah yang akan menamatkan penutupan separa kerajaan berlarutan selama dua minggu.

Namun, kebuntuan masih kekal kerana tiada bajet diluluskan untuk projek pembinaan tembok sempadan AS-Mexico yang diminta Presiden Donald Trump.

Jutawan hartanah terbabit mengancam untuk menggunakan kuasa veto terhadap rang undang-undang tersebut yang akan membiayai operasi keselamatan dalam negeri sehingga Selasa ini dan beberapa agensi lain sehingga September depan.

Sebelum proses undi berlangsung, Speaker baharu, Nancy Pelosi berkata, tiada dana disediakan untuk projek tembok kontroversi bernilai AS$5 bilion (RM21 bilion) itu. - AFP

Artikel Berkaitan: