375,925 peminjam tak pernah bayar PTPTN

NIE CHING
NIE CHING
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seramai 375,925 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak pernah membayar balik pinjaman berkenaan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, PTPTN memerlukan peruntukan dana secara purata sebanyak RM3.7 bilion hingga RM4.3 bilion setahun.

Katanya, ia bagi menampung pembiayaan pendidikan 180,000 peminjam baharu dan 420,000 peminjam sedia ada.

“Sehingga bulan lalu PTPTN meluluskan pinjaman berjumlah RM72.1 bilion kepada lebih tiga juta peminjam sehingga mereka tamat pengajian.

“Daripada jumlah itu RM36.5 bilion untuk peminjam di universiti awam (UA) manakala RM35.6 bilion diperuntukkan kepada peminjam di institusi pengajian tinggi swasta.

“Daripada jumlah keseluruhan tersebut sebanyak RM57.7 bilion telah dikeluarkan kepada peminjam,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Artikel Berkaitan: