X

Kindly register in order to view this article
!

DBKL sita dewan komuniti

DBKL menyita Pusat Aktiviti Masyarakat Mukim Setapak berikutan keenganan pihak pengurusan menyerahkan semula kemudahan terbabit. - Foto: FB DBKL
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pengurusan yang gagal menyerahkan semula dewan orang ramai kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu sebelum ini.

Menerusi kemaskini di laman Facebook rasmi DBKL, Pusat Aktiviti Masyarakat Mukim Setapak berhampiran Jalan Air Jernih telah dikenakan tindakan sitaan menerusi operasi penguatkuasaan terbabit.

Selain itu, tiga dewan lain iaitu Dewan Komuniti Taman Tun Dr Ismail, Dewan Orang Ramai dan Rekreasi Taman Koperasi Polis Fasa 2 serta Dewan Orang Ramai Desa Segambut telah diserahkan semula kepada pihak DBKL.

Manakala, Dewan Orang Ramai Segambut Bahagia pula kini sedang membuat proses rayuan berhubung penyerahan kemudahan terbabit.

Sebelum ini, DBKL mengumumkan akan mengambil alih sebanyak 202 unit dewan orang ramai secara sementara sebelum diserahkan kepada pihak yang bewibawa untuk menguruskannya.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata melalui pengambialihan itu, DBKL akan meneliti semula beberapa perkara termasuk pemeriksaan struktur bangunan terlibat.