Nyaris kemalangan gara-gara plastik

Motosikal yang ditunggang Danial mati secara tiba-tiba selepas melanggar plastik yang terbang di Jambatan Kedua Pulau Pinang, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. - Foto: Facebook Danial Lyd
Motosikal yang ditunggang Danial mati secara tiba-tiba selepas melanggar plastik yang terbang di Jambatan Kedua Pulau Pinang, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. - Foto: Facebook Danial Lyd
A
A
A

PENANG - Seorang penunggang motosikal berkongsi kisahnya yang nyaris kemalangan gara-gara plastik yang terbang di Jambatan Kedua Pulau Pinang, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dari Bayan Lepas ke Batu Kawan.

Perkongsian itu dimuat naik oleh akaun Facebook Danial Lyd semalam.

Menurutnya, kejadian malang itu berlaku pada jam 5.35 petang ketika dia dalam perjalanan dari Bayan Lepas ke Batu Kawan di ruang menunggang motosikal.

"Kejadian yang tidak diingini berlaku ketika hendak pulang dari kerja pada jam 5.35 petang.

"Sebentar tadi (semalam) dari jauh dah nampak plastik tu, jadi memang dah boleh mengelak tapi bila dah dekat angin tiup plastik itu masuk di laluan aku memang tak sempat mengelak terus langgar," tulisnya.

Akibatnya, motosikal yang ditunggangnya dengan kelajuan 90km/h berhenti secara tiba-tiba di laluan tersebut.

"Jadi dah terkena macam ini, motosikal aku 'automatic stop', nasib baik tiada siapa di belakang aku.

"Aku nak tekankan kepada peronda plus jambatan tolong sentiasa membuat rondaan dan pastikan laluan tersebut selamat digunakan oleh pengguna lain. Akibat kecuaian orang lain, aku yang jadi mangsa," katanya dalam nada kecewa.

Artikel Berkaitan:

Keadaan plastik yang tersekat pada motosikal yang ditunggang Danial. - Foto: Facebook Danial Lyd
Keadaan plastik yang tersekat pada motosikal yang ditunggang Danial. - Foto: Facebook Danial Lyd

Dalam pada itu, Danial juga memberi nasihat kepada pengguna di laluan motosikal agar lebih berwaspada kerana terdapat banyak sampah di laluan tersebut.

"Kawasan itu sangat bahaya kerana laluan itu semua penunggang motosikal membawa laju, jika tidak sempat mengelak akan berlaku kemalangan," katanya.