Jentera Amanah siap sedia bantu calon PH

Mujahid
Mujahid
A
A
A

PONTIAN - Jentera Parti Amanah Negara (Amanah) telah digerakkan dan bersiap sedia membantu calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, Karmaine yang merupakan Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai adalah wakil kepada setiap parti komponen PH.

"Seperti PRK sebelum ini, Amanah telah mengaktifkan semua bilik gerakan. Calon itu mewakili kita semua.

"Kita akan bantu sedaya upaya untuk memastikan sokongan rakyat kepada PH dan ia amat penting bagi melihat kepercayaan dan keyakinan mereka (rakyat) terhadap PH di sebalik fitnah yang akan dimainkan pihak tertentu," katanya kepada akhbar selepas menghadiri Program Rahmah dan Wacana Murabbi Ummah Negeri Johor di Taman Negara Johor, Tanjung Piai dekat sini hari ini.

Mujahid juga yakin PH mampu memenangi serta mengekalkan kerusi Parlimen tersebut namun ia bergantung kepada jentera parti untuk meyakinkan pengundi di kawasan itu supaya dapat meneruskan legasi dan visi Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik. - Bernama

Artikel Berkaitan: