X

Kindly register in order to view this article
!

Kementerian bendung penularan wabak demam babi Afrika

Tze Tzin ketika sesi dialog bersama penternak babi di Selangor hari ini.
A
A

KUALA LANGAT - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) mengingatkan semua pemilik ladang babi di negara ini agar dapat meningkatkan aspek biosekuriti dalam usaha bagi membendung penularan wabak demam babi Afrika.

Timbalannya, Sim Tze Tzin berkata MOA telah memberi taklimat kepada semua pemilik ladang babi berhubung perkara tersebut malah risalah berkaitan penyakit itu dan langkah kawalannya juga turut diedarkan kepada pemain industri.

Beliau berkata, selain itu, pelancong luar khususnya dari China juga tidak dibenarkan untuk membawa sebarang produk berasaskan babi ke Malaysia.

"MOA juga turut menasihati rakyat negara ini agar tidak berkunjung atau melawat mana-mana ladang babi di China," katanya ketika sidang media selepas Sesi Dialog Bersama Penternak Babi Selangor, hari ini.

Mengulas lanjut, Tze Tzin berkata walaupun Malaysia menghentikan pengimportan daging dan produk berasaskan babi dari China berikutan penularan wabak berkenaan, tindakan itu tidak menjejaskan bekalan untuk kegunaan rakyat tempat.

Beliau berkata, menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina ini, pihaknya menganggarkan sebanyak 16,024 metrik tan bekalan daging babi akan disediakan untuk kegunaan rakyat negara ini.

"Ini bermakna bekalan daging babi menjelang musim perayaan mencukupi dan purata harga babi hidup adalah sekitar RM6.55 sekilogram," katanya.

Dalam pada itu, Tze Tzin berkata pada tahun lalu, bilangan ladang babi di negara ini adalah berjumlah 648 dengan populasi sebanyak 1674 juta ekor.

Tambahnya, di Semenanjung Malaysia, bilangan ladang babi yang beroperasi adalah sebanyak 500 dengan populasi sebanyak 1,446 juta ekor.

Sarawak mempunyai sebanyak 104 ladang dengan populasi 143,263 ekor manakala Sabah pula 44 ladang dengan populasi sebanyak 85,091 ekor,"katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!