JKM kesan waris dua kanak-kanak

Listiana, Ian Hadif
Listiana, Ian Hadif
A
A
A

PETALING JAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Petaling meminta waris kepada dua kanak-kanak untuk tampil bagi membantu urusan penempatan mereka.

Menerusi satu kenyataan, JKM Petaling memaklumkan bagi kes pertama, pihaknya sedang mengesan waris kepada kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dikenali sebagai Ian Hadif Adam Lau Abdul Waify.

Menurutnya, kanak-kanak itu ditinggalkan di Baby Hatch Orphane Care pada 3 Ogos 2017 tanpa sebarang dokumentasi.

"JKM meminta supaya mana-mana pihak yang mengenali waris kanak-kanak ini untuk tampil bagi membantu membincangkan hal penempatannya selepas ini," katanya dalam satu kenyataan.

Bagi kes kedua, JKM Petaling memaklumkan pihaknya juga giat mengesan ibu kandung kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dikenali sebagai Listiana.

Katanya, ibu Listiana, Siti Nurjanah Hamim telah meninggalkan anaknya sejak dilahirkan pada 20 Ogos 2011 kepada seorang penjaga dikenali sebagai Laze Dobang.

"Ibu kandung kanak-kanak ini merupakan seorang warga Indonesia dan lokasinya sehingga kini masih tidak diketahui. Buat masa ini, Listiana tidak mempunyai sebarang dokumen atau sijil kelahiran," katanya.

Sehubungan itu, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai waris kepada dua kanak-kanak ini diminta berhubung dengan Unit Kanak-Kanak, Pejabat JKM Petaling di talian 03-7842 2584/ 03-7842 2587 atau 019-2227471 dengan kadar segera.

Artikel Berkaitan: