X

Kindly register in order to view this article
!

Tarikan Berlin kini ada di Gong Badak

Mat Dan bersama Ariffin (depan kanan) dengan aksi tersendiri ketika membuat tinjauan dan lawatan ke Kompleks Gong Badak.
A
A

KUALA NERUS - Duta pelancongan negeri, Muhammad Kareef Daniel Abdullah, 30, atau Mat Dan yakin sasaran 5 juta pelancong mengunjungi Terengganu tahun ini tercapai dengan pelbagai keunikan yang ada.

Menurutnya, konsep mengembalikan nostalgia perahu lama diterapkan dalam lukisan mural tiga dimensi (3D) terbaharu dihasilkan di Kompleks Gong Badak di sini juga antara yang mampu menjadi tarikan.

"Sepanjang saya menjelajah ke seluruh dunia, kali pertama saya lihat lukisan seperti ini ialah di Berlin, Jerman dan ini kali kedua iaitu di Kompleks Gong Badak berhadapan dengan Hotel Tabung Haji.

"Lukisan ini sangat menarik dan mampu untuk menjadi tarikan kepada golongan muda yang mahu mengambil gambar dan menarik mereka untuk melakukan aktiviti lain di sini," katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum itu, beliau mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu, Ariffin Deraman membuat tinjauan dan lawatan di kawasan berkenaan.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu, Sulaiman Sulong dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farouk Husin Tengku Abd Jalil.

Lukisan perahu yang mengambil masa seminggu untuk disiapkan itu mula menjadi tarikan sejak Oktober lalu dan mampu mengembalikan nostalgia perahu lama Terengganu khususnya kepada generasi muda.

Mat Dan berkata, lukisan perahu itu juga akan menjadi antara tarikan sempena program Kuala Nerus Car Free Hour (KNCFH) yang berlangsung di Dataran City Night Game pada setiap Sabtu minggu pertama.

Menurutnya, program diadakan pada Sabtu pertama setiap bulan sejak Januari dua tahun lalu itu bermula jam 7 pagi itu menjemput kehadiran semua masyarakat sekitar untuk mengikuti pelbagai acara.

"Pelbagai acara diadakan seperti senamrobik, berbasikal dan berjalan kaki malah turut menawarkan acara lain termasuk cabutan bertuah yang pasti memberi keseronokan kepada pengunjung," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus