Kementerian Pertahanan kaji semula kadar pencen ATM

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (Mindef) akan mengkaji semula kadar pencen anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara sebelum tahun 2004 untuk memastikan mereka menerima bayaran pencen sewajarnya.

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, kementerian mendapati terdapat jurang perbezaan yang ketara dalam bayaran pencen bagi anggota yang bersara sebelum 2004 dengan anggota yang bersara selepas itu.

“Kita akan lihat isu ini bersama Jabatan Perkhidmatan Awam kerana rungutan secara umumnya diterima daripada pesara yang berpangkat tinggi yang mendapat bayaran pencen hampir sama dengan jumlah yang diterima oleh anggota berpangkat rendah yang berpencen selepas itu.

“Pelarasan akan dilakukan lebih kurang dua peratus supaya perbezaan nilai akhir pencen yang mereka terima tidak terlalu ketara," katanya pada sesi jawab lisan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) yang ingin tahu usaha Mindef dalam membela nasib anggota tentera berpencen pada tahun 90-an sehingga 2004 bagi mendapat ganjaran sewajarnya berikutan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Mengenai anggota ATM yang bakal menerima Pingat Jasa Malaysia (PGM) pada 3 November ini pula, katanya, Mindef juga akan berusaha memberikan mereka ganjaran pencen selain bantuan RM500 secara one-off tahun ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: