Dua remaja pancing tabung masjid ditangkap

510208
510208
A
A
A

KUANTAN - Kejadian berulang membabitkan kehilangan wang tabung masjid dipercayai dipancing oleh sekumpulan individu akhirnya terbongkar selepas jemaah Masjid Al Falah Sungai Isap 2, di sini memberkas dua remaja.

Jemaah masjid, Abdul Rahim Othman, 59, berkata, kedua-dua remaja terbabit ditangkap ketika sedang memancing tabung masjid kira-kira jam 12.55 pagi tadi.

Menurutnya, jemaah Masjid Al-Falah yang terdiri daripada Ahli Kelab Jembara mengambil inisiatif melancarkan Ops Pancing bermula Sabtu lalu ekoran kejadian mencuri duit tabung masjid semakin serius.

"Setelah beberapa hari melakukan intipan akhirnya pelaku berjaya dikesan. Bulan lalu, sebuah tabung besi yang dipasang pada tiang di pintu utama masuk ke masjid turut dilarikan.

"Lebih menyedihkan, pencuri bukan sahaja mencuri duit tabung malah melakukan perbuatan khianat kencing dalam lubang tabung menyebabkan saya dan rakan-rakan nekad menangkap pelaku," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Dua suspek diserahkan kepada pihak polis. - Foto Abdul Rahim
Dua suspek diserahkan kepada pihak polis. - Foto Abdul Rahim

Abdul Rahim berkata, dia bersama 10 jemaah lain mengepung kawasan masjid dan berjaya menangkap dua remaja manakala seorang lagi melarikan diri.

Artikel Berkaitan:

"Kedua-dua remaja itu tinggal di Kampung Kurnia manakala rakan mereka yang melarikan diri tinggal di Permatang Badak. Mereka sudah diserahkan kepada polis.

"Saya ingin berpesan kepada ibu bapa ambil peduli dengan gerak geri anak-anak supaya tidak terjebak dengan kes jenayah termasuk mencuri, penyalahgunaan dadah," katanya.

Antara wang RM1 yang dicuri suspek.
Antara wang RM1 yang dicuri suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Kuantan Mohd Noor Yusof Ali ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, siasatan awal juga mendapati kedua dua suspek berusia 16 tahun itu positif dadah.