Azab tidak mahu makan undang Anorexia Nervosa

No Image Caption
A
A
A

ANOREKSIA Nervosa adalah penyakit kecelaruan pemakanan dengan ketakutan kenaikan berat badan.

Kajian Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) mendapati satu peratus daripada populasi Malaysia mengalami penyakit itu akibat beberapa faktor

Hal itu termasuklah 'body shaming' pada remaja obes yang menurunkan berat badan secara berlebihan selain daripada faktor sejarah keluarga yang mengalami anoreksia.

Anorexia Nervosa adalah penyakit yang mana seseorang tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk.

Golongan itu juga akan merasakan yang dirinya lebih gemuk daripada keadaan sebenarnya, walaupun sebenarnya mempunyai kurang berat badan. Penghidap penyakit itu akan merasakan yang dirinya tidak cukup kurus.

Apakah akibat Anorexia Nervosa?

- Seseorang itu akan merasa murung. Mereka tidak mendapat zat/ nutrisi yang cukup, maka dengan itu akan kelihatan dan merasa tidak sihat.

- Gigi dan kulit bertukar menjadi warna kekuningan dan tidak cantik.

- Rambut dan kuku menjadi rapuh dan pecah.

Artikel Berkaitan:

- Rambut akan gugur.

- Rambut halus (dikenali sebagai rambut lanugo) akan tumbuh di seluruh badan supaya tubuh dapat memanaskan badan (kerana tiadanya lemak di tubuh anda).

- Remaja perempuan akan lewat datang haid.

- Mungkin mati kerana kegagalan organ.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia