Puma semarakkan semangat bersukan melalui House of Hustle

PERTANDINGAN bola keranjang dan futsal sempena House of Hustle membawa pulang baucar tunai eksklusif Puma berjumlah hingga RM19,000.
A
A

BUAT pertama kalinya di Malaysia, jenama sukan global, Puma menyemarakkan semangat bersukan dengan pelbagai aktiviti menarik sempena House of Hustle di Sentul Depot, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengurus Pemasaran Puma Asia Tenggara, Tim Tham berkata, idea di sebalik acara tersebut adalah untuk memperkenalkan sesuatu acara yang luar biasa.

Menurutnya, House of Hustle merupakan program pertama selaras dengan inisiatif terbaharu Kementerian Belia dan Sukan yang bertujuan memperkukuhkan perpaduan melalui sukan dan memupuk kesejahteraan gaya hidup sihat rakyat Malaysia.

“Inilah sebabnya kami memutuskan untuk menggabungkan sukan dan persembahan (performance) bersama dengan penganjuran aktiviti seperti bola sepak dan bola keranjang kerana itu merupakan segmen yang paling diminati di bawah satu bumbung.

PUMA menggabungkan sukan dan persembahan (performance) bersama dengan penganjuran aktiviti seperti bola sepak dan bola keranjang di bawah satu bumbung.
PUMA menggabungkan sukan dan persembahan (performance) bersama dengan penganjuran aktiviti seperti bola sepak dan bola keranjang di bawah satu bumbung.

“Kami juga mahu memastikan semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama dapat bersama-sama untuk menterjemahkan bahawa sukan sebagai alat penyatuan dan perangsang gaya hidup yang sihat seperti yang disarankan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Tambah menarik, penganjuran itu bukan sahaja melibatkan kejohanan semata-mata kerana terdapat kelas kecergasan dan latihan interval intensiti tinggi yang mampu menguji kekuatan peserta dianjurkan.

Pertandingan bola keranjang dan futsal sempena House of Hustle antara lain membawa pulang baucar tunai eksklusif Puma berjumlah hingga RM19,000.

PUMA menyemarakkan semangat bersukan dengan pelbagai aktiviti menarik sempena House of Hustle di Sentul Depot, Kuala Lumpur baru-baru ini.
PUMA menyemarakkan semangat bersukan dengan pelbagai aktiviti menarik sempena House of Hustle di Sentul Depot, Kuala Lumpur baru-baru ini.