Konsert Amal Countless Blessing Raihan bersama Alif Satar, tunda Februari depan

Konsert Raihan, Alif Satar ditunda ke Februari depan.
Konsert Raihan, Alif Satar ditunda ke Februari depan.
A
A
A

PENGANJUR Konsert Amal Countless Blessing Raihan bersama Alif Satar, Philandure Sdn Bhd memaklumkan bahawa konsert yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu ini (2 November ) telah ditunda ke tarikh 22 Februari 2020.

Wakilnya, Khalid Al Walid Mustafa Kamil berkata, perubahan juga turut berlaku kepada lokasi, di mana konsert itu nanti akan berlangsung di Pusat Budaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

"Kami bagi pihak penganjur ingin memohon maaf di atas penundaan Konsert Amal Alif Satar dan Raihan. Ini adalah berikutan beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

"Buat pembeli tiket dan penyumbang, kami memohon maaf. Terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada usaha pengumpulan dana buat sekolah dan institusi-institusi kebajikan yang terlibat.

"Harapan kami program pada 22 Februari hadapan bakal mendapat sokongan daripada masyarakat di luar sana", ujarnya.

Sebagai menghargai sokongan peminat yang telah membeli tiket, pihak penganjur akan menaik taraf tiket yang dibeli kepada tiket gold, memberi laluan khas VIP pada konsert tersebut dan menghadiahkan satu unit cenderahati khas Countless Blessings Charity Concert.

"Pihak penganjur akan mengeluarkan tiket baharu kepada semua pembeli dan penyumbang bagi menggantikan tiket yang diterima sebelum ini.

"Mereka akan menerima tiket gantian tersebut dalam masa 14 hari dari tarikh pengesahan penerimaan tawaran ini melalui aplikasi WhatsApp.

Artikel Berkaitan:

"Bagi mereka yang tidak berminat hadir pada tarikh baharu tersebut, tetapi tetap ingin menyumbangkan pembelian tiket tersebut kepada sekolah dan institusi-institusi kebajikan yang terlibat dalam projek ini, pihak kami akan mengisi tempat duduk tersebut dengan menjemput anak-anak yatim, asnaf zakat atau pelajar-pelajar sekolah.

"Para pembeli atau penyumbang yang memerlukan pemulangan tiket secara sepenuhnya, diminta menghantar butiran berikut ke email linda@philandure.co," ujarnya dalam satu kenyataan.