Tanam pokok Merbau simbolik Mesyuarat Raja-Raja ke-255

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir (kanan) bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menanam Pokok Merbau (Instia Palembanica) sebagai simbolik Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-255 di Istana Negara hari ini. Simbolik penanaman pokok kebangsaan itu adalah inisiatif Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-255 yang bermula semalam pada julung kalinya telah menyaksikan upacara penanaman pokok Merbau di pekarangan Istana Negara.

Upacara penanaman pokok kebangsaan sempena mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-255 ini adalah atas inisiatif Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan menanam pokok Merbau di perkarangan Istana Negara sebagai simbolik Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mempengerusikan mesyuarat pada kali ini.

Pokok Merbau diisytihar sebagai pokok kebangsaan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 23 Ogos lalu.

Terdahulu, sebelum upacara penanaman pokok Merbau, Tuanku Muhriz turut berkenan memberi tabik hormat ke atas Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang dibarisi oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja di Dataran Utama, Istana Negara.

Upacara KKU ini adalah juga atas inisiatif Al-Sultan Abdullah yang julung kali diadakan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-254 di mana telah diberi tabik hormat oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebagai pengerusi mesyuarat tersebut.

Kedua-dua upacara penanaman pokok Merbau dan KKU pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara tidak pernah diadakan sebelum pelantikan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Raja-Raja Melayu yang berangkat hadir pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-255 yang berakhir hari ini ialah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Perak Sultan Nazrin Shah; Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin; Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail dan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah.

Artikel Berkaitan:

Kelantan diwakili Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra, Pahang diwakili Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Mua’adzam Sultan Ahmad Shah dan Johor diwakili Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Mesyuarat yang berlangsung selama dua hari bermula semalam turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri. - Bernama