Ikan mati akibat kurang oksigen

Gambar ikan mati yang didakwa di Sungai Melaka tular di media sosial.
Gambar ikan mati yang didakwa di Sungai Melaka tular di media sosial.
A
A
A

MELAKA - Siasatan awal berhubung kejadian ikan mati di Sungai Melaka yang tular di media sosial semalam mendapati berpunca daripada kekurangan kandungan oksigen dalam air.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka, Azlan Abidin berkata, setakat ini tiada masalah pencemaran atau perbuatan khianat dikesan di kawasan kejadian di Sungai Melaka Fasa Dua di Melaka Sentral di sin.

Menurutnya, sampel air telah diambil oleh Jabatan Alam Sekitar untuk siasatan lanjut.

"Sebelum ini air di (Sungai Melaka) Fasa Dua kering, jadi bila air pasang dan air laut masuk, akan terjadi kekurangan oksigen dalam kandungan air menyebabkan ikan mati. Bila buka kelopak insang (ikan mati) banyak lumpur.

"Semua laporan kejadian ini telah dihantar kepada pihak terlibat. Ini biasa terjadi di kawasan Fasa Dua. Keseluruhan kawasan (Sungai Melaka) Fasa Satu tiada masalah," katanya kepada pemberita menerusi mesej suara aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Masalah ikan mati di Sungai Melaka kerana kekurangan oksigen dalam air adalah kejadian berulang setiap tahun terutama selepas musim kemarau dan Jawatankuasa Kompetensi, Akauntabiliti dan Ketelusan Melaka (Melcat) sedang menjalankan siasatan bagi mencari punca serta penyelesaian. - Bernama

Artikel Berkaitan: