Enam kanak-kanak maut tong gas meletup di Bangladesh

Waris meratapi kematian salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Farzana Aktar yang berusia enam tahun.
Waris meratapi kematian salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Farzana Aktar yang berusia enam tahun.
A
A
A

DHAKA - Enam kanak-kanak terbunuh dan hampir 20 lagi cedera selepas tong gas silinder yang digunakan untuk mengisi belon meletup di Mirpur, Bangladesh.

Insiden tragis itu berlaku di kawasan setinggan Rugnagar kira-kira jam 3.24 petang (waktu tempatan) semalam.

Saksi berkata, sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak terpelanting sejauh lima meter ketika letupan berlaku.

Kanak-kanak yang terbunuh berusia antara enam dan 11 tahun.

"Mangsa kebanyakannya adalah kanak-kanak dan telah dikejarkan ke tiga hospital berasingan.

"Sekurang-kurangnya empat atau lima mangsa kritikal termasuk penjual belon dikenali sebagai Abu Sayeed," kata jurucakap polis, Abdul Kalam Azad.

Tambah Abdul Kalam, punca letupan belum diketahui tetapi pihaknya akan menahan Abu Sayeed jika keluarga mangsa membuat laporan terhadap lelaki tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: