X

Kindly register in order to view this article
!

Kontraktor bunuh anjing ditahan

Laporan Sinar Harian berhubung lima ekor anjing ditembak terbiar sehingga mati di Kota Kemuning pada Ahad lalu.
A
A

SHAH ALAM - Seorang kontraktor yang dipercayai menembak lima ekor anjing terbiar sehingga mati di Kota Kemuning di sini, pada Ahad lalu ditahan polis.

Lelaki berusia 40 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam kira-kira jam 11.40 malam, di Saujana Putra, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, tangkapan dibuat hasil maklumat orang ramai dan penelitian kamera litar tertutup (CCTV).

"Pemeriksaan di dalam kereta jenis Proton Saga milik suspek menemui selaras senapang angin jenis Sig Sauer P226 serta lima butir peluru.

"Soal siasat suspek mengaku terlibat dalam kes tembak menyebabkan kematian lima ekor anjing terbabit. Motif adalah kerana dendam disebabkan anjing itu pernah hendak menggigit kaki anaknya berusia tujuh dan 12 tahun," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, lelaki terbabit kini direman tiga hari sehingga esok untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, kejadian kira-kira jam 4.55 petang itu disedari seorang wanita berusia 49 tahun selepas melihat anjing terbabit mati di atas lantai dan penutup longkang di lokasi kejadian.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus