Pentagon siar video pembunuhan al-Baghdadi

Pentagon menyiarkan video dan gambar serbuan pasukan khas AS yang menyebabkan kematian pemimpin Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi pada Ahad lalu.
Pentagon menyiarkan video dan gambar serbuan pasukan khas AS yang menyebabkan kematian pemimpin Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi pada Ahad lalu.
A
A
A

WASHIGNTON - Pentagon menyiarkan video dan gambar serbuan pasukan khas Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan kematian pemimpin kumpulan militan Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi.

Antara yang didedahkan oleh Jabatan Pertahanan itu ialah rakaman hitam putih tentera AS mendekati kawasan bertembok tinggi dengan berjalan kaki di barat daya Syria lokasi al-Baghdadi bersembunyi.

Pentagon turut menyiarkan video serangan udara terhadap sekumpulan pejuang yang tidak diketahui yang menembak helikopter membawa tentera AS di wilayah Idlib itu.

Gambar sebelum dan selepas serbuan di kawasan itu turut didedahkan.

Jeneral Marin Kenneth McKenzie ketika bercakap kepada media di Pentagon turut memberikan beberapa butiran mengenai serbuan pada Ahad lalu.

Katanya, dua kanak-kanak terbunuh, bukan tiga seperti diberitahu Presiden Donald Trump sebelum ini ketika al-Baghdadi meletupkan dirinya dengan ves bunuh diri di dalam terowong ketika cuba melarikan diri daripada askar AS.

Katanya, kanak-kanak itu berusia bawah 12 tahun. - AFP

Artikel Berkaitan: