Sathianathan idam pentas AFC

 B Sathianathan
B Sathianathan
A
A
A

PENGENDALI Selangor, B Sathianathan mula menanam tekad mahu membawa Gergasi Merah beraksi di pentas Piala AFC pada 2021.

Bagi merealisasikan impiannya itu, Sathianathan menyasarkan kejuaraan Liga Super atau Piala FA dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

“Persiapan untuk saingan liga musim depan kita akan buat awal. Memang agak sukar untuk mencapai misi layak ke pentas AFC itu tetapi kita akan cuba sebaik mungkin.

“Dari segi barisan pemain, saya sudah ada perancangan untuk menambah baik pasukan dan saya percaya Selangor akan dapat memberikan saingan lebih baik musim depan,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) melalui satu kenyataan semalam telah bersetuju untuk mengekalkan khidmat pengendali berusia 61 tahun itu membimbing Gergasi Merah bagi saingan Liga-M musim depan.

Dalam kenyataan itu, FAS menyifatkan Sathianathan mempunyai rekod cemerlang dengan peratusan kemenangan paling tinggi serta kekalahan terendah sejak 2016 iaitu musim selepas Selangor memenangi kejuaraan Piala Malaysia pada 2015.

Sathianathan turut berterima kasih kepada FAS yang terus memberikan kepercayaan kepadanya untuk mengemudi gergasi Lembah Klang itu bagi musim kedua.

“Persatuan (FAS) telah memberi mandat kepada saya dan sudah tentu saya akan buat yang terbaik memandangkan misi saya di sini (Selangor) masih belum tamat.

Artikel Berkaitan:

“Bagi saya, musim pertama bersama Selangor memang agak sukar dengan beberapa masalah yang timbul. Namun, percayalah Selangor sudah tentu akan kembali bangkit dan lebih kuat musim depan,” ujarnya.