Masih ramai jadi mangsa penipuan, ini sebabnya...

Darshan Singh
Darshan Singh
A
A
A

SHAH ALAM - Sikap segelintir pengguna yang melihat isu kepenggunaan sebagai satu perkara remeh antara faktor menyebabkan masih ramai individu yang terus menjadi mangsa penipuan di negara ini.

Presiden Persatuan Pergerakan Pengguna Malaysia, Darshan Singh berkata, ada dalam kalangan pengguna juga tiada usaha memperkasakan diri masing-masing sebagai satu langkah pencegahan supaya tidak ditipu.

"Pelindungan diri sendiri adalah perlindungan yang terbaik. Kita seharusnya menimba ilmu pengetahuan supaya kita tidak menjadi mangsa pada segala penipuan yang ada di luar.

"Masalah pengguna sekarang ini adalah dia tidak berminat, anggap remeh. Tidak ingin mendidik diri sendiri dan mengambil inisiatif untuk belajar melindungi diri.

"Jika berlaku penipuan barulah mencari tempat yang boleh mengadu, pohon bantuan dan kalau lihat perbandingan tahun sebelum ini, isu-isunya hampir sama," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu Wacana Sinar Harian Siri 137 bertajuk Barangan Buatan Malaysia: Persepsi dan Peranan Pengguna Malaysia berlangsung di Plaza Angsana, Johor Bahru yang turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook Sinar Harian.

Wacana berkenaan turut menampilkan dua lagi panelis iaitu Pengerusi Persatuan Skuad SMART Pengguna, Datuk Hasnah Salam serta Ketua Pengawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Ahmad Yazid Othman dan Pensyarah Kanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Dr Ismail Sualman bertindak sebagai moderator.

Tambah beliau, salah satu contoh berkaitan ialah jika dulu ada penipuan gores dan menang, namun sekarang ia telah 'bertukar wajah' tetapi pengguna masih lagi menjadi mangsa yang kebanyakannya individu berpendidikan.

Artikel Berkaitan: