Jawatankuasa bertindak bantu mangsa kebakaran

Mohd Soffi (kiri) bersama Fook Wing (tengah) ketika perjumpaan bersama mangsa kebakaran di kampung terbabit hari ini.
Mohd Soffi (kiri) bersama Fook Wing (tengah) ketika perjumpaan bersama mangsa kebakaran di kampung terbabit hari ini.
A
A
A

LIPIS - Satu Jawatankuasa Bertindak telah ditubuhkan bagi membantu 22 mangsa kebakaran di Kampung Baru Cina Benta di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abd Razak berkata, jawatankuasa yang diketuai Pengerusi Majlis Pembangunan Komuniti Kampung Baru (MPKKB), Tam Fook Wing itu akan bekerjasama dengan pejabat daerah serta agensi-agensi lain dalam membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

Menurutnya, setakat ini perbincangan telah diadakan bersama pihak askar Wataniah.

"Buat masa ini atas arahan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bantuan awal sebanyak RM1,000 bagi setiap rumah telah disalurkan selain Dana Bencana negeri yang akan diberikan nanti.

"Selain itu atas keprihatinan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ria'yatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mencemar duli ke lokasi ini serta memberikan sumbangan peribadi kepada mangsa-mangsa terlibat.

"Baginda meminta satu pelan membaikpulih kerosakan dilaksanakan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga memuji kecekapan pihak bomba dan penyelamat yang bertindak pantas memadam kebakaran 13 rumah di Kampung Baru Cina awal pagi tadi.

"Syukur hasil kepantasan anggota bomba dan pelbagai pihak telah berjaya mengawal api daripada merebak.

Artikel Berkaitan:

"Melihat kerosakan yang berlaku..syukur kerana tiada kecederaan atau kehilangan nyawa," katanya.

Suasana di lokasi selepas kebakaran di kampung tersebut pada awal pagi tadi.
Suasana di lokasi selepas kebakaran di kampung tersebut pada awal pagi tadi.