Banjir di Johor pulih sepenuhnya

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 16 orang daripada tiga keluarga di Batu Pahat yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sejak 23 Oktober lalu akibat ribut dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini.

Perkembangan terbaru ini menunjukkan banjir pulih sepenuhnya di Johor.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, kesemua mereka merupakan penduduk Kampung Sungai Kajang dan Bagan.

"PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kajang, yang dibuka pada 4.30 petang, 23 Oktober lepas bagi menempatkan kesemua mereka ditutup sepenuhnya pada 6 petang tadi," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, PPS SK Sungai Kajang berkenaan merupakan PPS terakhir yang ditutup di negeri ini.

Menurutnya, Bilik Gerakan Bencana Daerah Kluang pula ditutup sepenuhnya pada jam 5 petang tadi selepas banjir di daerah itu pulih sepenuhnya, namun, Bilik Gerakan Bencana Negeri masih dibuka secara dalaman sejak dua hari lepas, bagi memantau sebarang kemungkinan.

Petang tadi, dua PPS yang menempatkan mangsa banjir dari Kampung Parit Haji Hashim dan Kampung Sungai Linau, di Kluang, ditutup sepenuhnya pada jam 4 petang, sekaligus menyaksikan banjir pulih sepenuhnya di negeri ini.

PPS Balairaya Kampung Parit Haji Hashim, menempatkan dua orang daripada dua keluarga manakala SK Sungai Linau, menempatkan 26 orang daripada tujuh keluarga.- Bernama

Artikel Berkaitan: