Ain Sufia selamat melahirkan cahaya mata sulung

Ain Sufia kini bergelar ibu - FOTO: Intagram Ain Sufia
Ain Sufia kini bergelar ibu - FOTO: Intagram Ain Sufia
A
A
A

PELAKON dan pelawak Ain Sufia selamat bersalin anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Senawang, Negeri Sembilan pada Rabu.

Bayi perempuan yang lahir dengan berat 3.62kg itu diberi gelaran Baby Indah.

Berita gembira tersebut dikongsi Ain menerusi menerusi laman Facebook miliknya petang tadi.

“Alhamdulillah... selamat mader melahirkan seorang puteri ditemani pader @matnor_forza #babyindah.

“Maaf banyak mesej, text, DM saya tak dapat nak reply daripada semalam. Mader tak larat. Terima kasih yang mendoakan, yang bagi ucapan, bagi semangat,” tulisnya teruja bergelar ibu.

Ain yang juga dikenali menerusi kumpulan lawak Awok mendirikan rumah tangga dengan suami, Mohd Nor Mutalib, pada 1 Februari lalu.

Artikel Berkaitan: