KPKT teliti skim subsidi sewa rumah untuk orang muda

Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti untuk memperkenalkan skim baucar untuk membantu orang muda memperolehi subsidi sewa kediaman.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin, berkata dasar tersebut dijangka memberi manfaat bukan saja golongan pekerja muda, malah pelajar di universiti.

“KPKT sedang merancang skim baucar ini, ada subsidi (akan) diperkenalkan. Kini masih dalam perancangan, belum lagi habis,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan dibangkitkan Mohd Shahar Abdullah (BN UMNO-Paya Besar) berkenaan isu pelajar universiti yang terpaksa menyewa kediaman pada kadar tinggi, pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Zuraida berkata, kerajaan juga mempertimbangkan memperkenalkan dasar pembinaan hostel untuk kemudahan golongan muda.

Katanya, pengambilalihan tanah yang lebih kecil di kawasan pembangunan berorientasikan transit (TOD) mungkin dibuat untuk pembinaan projek tersebut.

“Ini (ambil tanah) dibangkitkan sendiri Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dalam mesyuarat bersama Menteri Besar.

"Kita akan bina di antara TOD yang ada LRT (Transit Aliran Ringan) yang mana ada tanah sudut untuk kita bina rumah,” katanya.

Artikel Berkaitan: